Sunday, March 13, 2011

LIGA SUPER MALAYSIA SEMAKIN RANCAK

KELANTAN GOYAH, FELDA & SELANGOR SEMAKIN MENGHIMPIT






Salam 1 Malaysia.. Dah lama ku xonline n xlayan blog nie, kali nie aku nak sentuh pasal Liga Super Malaysia yang semakin hari semaki rancak..

Kelantan ( The Red Warriors ) pasukan kesayangan ku masih kekal sebagai pendahulu liga dengan 14 mata, berkongsi mata dengan pasukan Felda United & Gergasi Merah ( Selangor ). Sabtu lalu 6 perlawanan berlangsung di venue masing2 yang mana The Red Warriors tewas pada pasukan pahang 2-0 di stadium Darulmakmur, N9 tewas kepada Selangor 1-2 di Stadium Paroi, Felda United menambah luka Perlis dengan kemenangan 2-0, di Stadium Darulaman, Kedah menundukkan sang penyu( Terengganu) 2-1 walaupun berada dalam krisis pengurusan. Jahor FC tidak menfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila terikat tanpa jaringan dengan skuad warga kota ( Kuala lumpur ). Dalam 1 lagi perlawanan menyaksikan Perak terikat dengan T-team 0-0 di Stadium Nasaruddin 

Berikut adalah kedudukan pasukan setakat 7 perlawanan



Super League Standings

MTBL_TEAMMTBL_PLAYEDMTBL_POINTS
1Kelantan714
2Felda United714
3Selangor714
4Perak713
5Terengganu711
6Pahang710
7Harimau Muda A69
8Kedah79
9Negeri Sembilan79
10Kuala Lumpur77
11Johor FC76
12Sabah65
13T.Team75
14Perlis72

Tuesday, February 1, 2011

BRENDAN GAN MAHU BERAKSI BERSAMA MALAYSIA




Brendan Gan, pemain Liga Australia berusia 22 tahun ketika ini sedang beraksi bersama kelab professional negara itu, Sydney FC. Dilahirkan di Australia tetapi bapanya, adalah rakyat Malaysia dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber dari astro Awani, menyatakan yang beliau berminat untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia seandainya mendapat tawaran. Mengulas lanjut selepas beliau melihat aksi Malaysia bertemu Indonesia pada perlawanan Akhir Piala AFF.




Selain itu, Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 22, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.
''FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.
''Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, '' katanya.
Profil, laporan, prestasi????
Sudah sah la dia ni bagus, kalo dia tidak bagus mestilah dia ada kat Malaysia sekarang ni. Main dengan Felda United atau Pangkal Nering FC atau mana - mana kelab tempatan.


PERATURAN

Mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain bolasepak profesional layak bermain untuk negaranya, negara kelahirannya, atau negara kelahiran ibu atau bapanya.

Seseorang pemain profesional juga layak bermain di sebuah negara lain melalui proses naturalisasi atau proses pengurniaan kerakyatan oleh kerajaan kepada pemain tersebut.

Pemain layak mewaliki negara baru dengan syarat, pemain tersebut masih belum mewakili sesebuah negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kelas A. Sekiranya pemain tersebut mewakili negara untuk perlawanan peringkat umur (contohnya bawah 19 tahun), pemain tersebut masih layak mewakili negara baru.

Dalam kes Brendan Gan, beliau layak terus untuk beraksi dengan Malaysia selagi beliau masih belum mendapat Cap bersama skuad kebangsaan Australia.

NATURALISASI SINGAPURA

Di rantau Asia Tenggara, Singapura merupakan negara yang aktif mengimport pemain dari luar negara untuk dinaturalisasikan kedalam skuad kebangsaan mereka. Pemain-pemain yang dinaturalisasikan Persatuan Bolasepak Singapura ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Singapura, sama ada ayah, ibu, atuk atau nenek. Mereka sebenarnya diberi kerakyatan oleh kerajaan Singapura untuk membolehkan mereka bermain dengan Singapura. Contohnya, Daniel Bennet dari England, Shi Jiayi dari China dan Aleksander Duric dari Yugoslavia.

YOUNGHUSBAND DI FILIPINA

Jika Malaysia berjaya mendapatkan khidmat Brendan Gan, proses kemasukan Brendan ke dalam pasukan kebangsaan Malaysia SAMA SEKALI tidak menyerupai tindakan Singapura. yang nyata menggunakan jalan pintas. Kaedah yang bakal digunapakai oleh kita mungkin akan menyamai proses yang dilakukan oleh Filipina ketika membawa masuk pemain muda Liga Inggeris ke dalam skuad kebangsaan mereka.

Philip Younghusband dan James Younghusband mulanya adalah pemain skuad Akedemi Chelsea. Kedua-dua beradik ini adalah rakyat kelahiran United Kingdom tetapi ibu mereka adalah rakyat kelahiran Filipina. Kewujudan mereka berdua dikesan oleh penggemar 'game Football Manager', lantas menghubungi Persatuan Bolesepak Filipina. Pihak Persatuan tidak menuggu lama, dan kini Younghusband bersaudara adalah pemain skuad kebangsaan Filipina.

PEMAIN ASING DALAM SKUAD GARUDA

Persatuan SepakBola Indonesia khabarnya kini sedang mengesan 46 orang pemain berdarah Indonesia yang kini sedang beraksi di Liga Belanda. Hasil pencarian, 3 orang pemain kini sudah sah menjadi milik Indonesia, Sergio van Dijk, John van Breukeling dan Irfan Bachdim.


MASA DEPAN MALAYSIA


Andai benar kesudian Brendan wakili ke Malaysia, FAM seharusnya bertindak cepat. Jangan berulang kembali kes Shaun Maloney, pemain kelahiran Sarawak yang layak bermain untuk Malaysia. Tapi kini sudah menjadi milik Scotland sesudah pemain itu mendapat aksi kelas A bersama skuad kebangsaan Scotland.

Kepada FAM, bawa pulang Brendan secepat mungkin dan teruskan berusaha menghubungi darah - darah Malaysia yang lain yang khabarnya kini 2 orang berada di Liga Jepun, selain anak pemilik Cardiff City Nicholas Chan yang kini mewakili the red warriors ( Kelantan )

Saturday, January 29, 2011

MANCHESTER BANGKIT DARI KETINGGALAN

ST MARY'S. Manchester united meneruskan kemaraan Piala FA apabila berjaya menundukkan southamptom 2 - 1 selepas bangkit dari ketinggalan kepada Southamptom di pusingan kelima perlawanan. Gol Man United masing - masing di jaringkan oleh Micheal Owen (65) dan Chircharito (76). Bagaimanapun Man U di kejutkan oleh jaringan pembukaan pada lewat perlawanan babak pertama oleh Chaplow . Man utd membariskan squad kedua yang di barisi pejaga gol yang baru di beli iaitu Lindegaard, O'shea, J.Evans, C.Smalling, Fabio, Obertan, Gibson, Scholes, Anderson, Owen dan Chircarito( Javier Hernandez ).

PREVIEW PIALA SUMBANGSIH

PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia...

Semalam bermulanya sepak mula Liga Super Malaysia yang mana 7 perlawanan berlansung serentak ..
Paling di beri tumpuan semestinya pertembungan antara dua gergasi bola sepak malaysia iaitu juara liga super (Selangor) & juara piala Malaysia (Kelantan).

90 minit permainan berlalu dengan perlawanan yang cukup menghiburkan pada para penonton yang hadir di stadium Shah Alam dan juga menerusi kaca televisyen.. Tahniah, Tahniah, Taniah, kepada pasukan Kelantan kerana telah di nobatkan selaku Juara Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama sejak di perkenalkan.

Uhhhh.. sungguh ku terharu, aku berasa bangga menjadi rakyat kelantan.. Banyak dugaan yang dihadapi skuad The red warriors sebelum sepak mula... apatidaknya berbagai ranjau & rintangan perlu di hadapi,. Mujur kita mempunyai pemimpin yang berwibawa, Terima kasih tidak terhingga kepada Presiden kita Tan Sri Anuar Musa yang banyak melakukan transfomasi kepada bola sepak kelantan kursusnya,.

Keluhan dari Presiden sebelum sepak mula Piala Ahmad Shah :-

Sedih...kita tak dpt turun full force menentang selangor.. setelah dinafi hak angkara 3 Abdul kita dinafi pulak sentuhan Sathia... kita hampir hilang hak beraksi piala sumbangsih dan beraksi Malam di kb...MUJUR SEMUA KITA ATASI....tp tiga tonggak kita tidak pulih sepenuhnya...KITA TERPAKSA TURUN DGN SKUAD MUDA DAN PELAPIS SAJA.....Sekarang kita berharap kpd the 12th warrior DAN PERTOLONGAN ALLAH SWT - Facebook TAN SRI ANNUAR MUSA


Akhirnya kita mencapai kemenangan pertama dalam liga super sekaligus piala Sultan Ahmad Shah di pegang erat dalam gengaman, terima kasih kepada Pok Kar (Dato'M.Karathu) yang mencatat sejarah tersendiri apabila muncul jurulatih pertama yang memenangi piala tersebut bersama Kelantan walaupun memegang jawatan jurulatih kelantan tidak sampai 1 minggu.. Terima kasih juga kepada Abe Ya (B.Sathianathan) yang merencana squad yang seimbang dari setiap sudut..

Aku terhibur dengan aksi semalam walaupun melihat menerusi kaca televisyen saja.. dari wisel permulaan hingga wisel terakhir permainan nampak seimbang, saling serang menyerang antara kedua-dua pasukan.. Kelantan yang menggunakan formasi 4-5-1 di barisi oleh Khairul Fahmi, Daudsu, Farisham, Rizal Fahmi, Ropi, Nurul Azwan, Piya, Shakir, Danial Fadli, Solehin dan Norshahrul Idlan Talaha(mat Yo) manakala Red giant yang di kendaikan oleh K. Devan menggunakan formasi 4-4-2 menurunkan barisan terkuat yang mana di barisi oleh Iqbal, Razman, Yusri derma raju, Asraruddin, P.Gunalan, Shafiq rahim, Amri Yahya, Hardi Jaafar, Amirulhadi, Safee Sali dan Fazdli Saari.

Separuh masa pertama perlawanan mengikut statitik aku memang berpihak kepada pasukan kelantan 55 - 45, cubaan demi cubaan dilakukan, tapi tidak menemui sasaran.. pada minit ke 8 larian pantas Nurul Azwan Roya dari sebelah kiri garisan membuahkan hasil apabila di ditarik oleh Razman dalam kotak penalti sekali gus memberi sepakan penalti kepada kelantan. Sepakan penalti mudah disempurnakan pemain paling bernilai negara, Nurshahrul Idlan Talahan menewaskan Mohd Iqbal mengamatkan stadium Shah Alam yang mana hampir keseluruhan di banjiri oleh tentera merah.. kesudahan separuh masa pertama 1 - 0.

Separuh masa kedua, selangor menukar corak permainan.. 3 pemain berpengalaman di keluarkan iaitu Shafiq, Amri & Hardi bagi memasukan Mohd Fikri. Fadlidan dan S.Sritharan bagaimana pun tidak cukup menghalang hulubalang Merah.. Kelantan cuma membuat 2 pertukaran apa yang mengelirukan kelantan mengeluarkan danial Fadli bagi menggantikan Izwan dan tidak sampai 15 minit beraksi Izwan di ganti dengan Khairan Eroza Razali.. Maybee M.karathu memberi peluang kepada pemain muda untuk merasai suasana sebenar perlawanan.. apa2pun terbaik Pok Kar.. Babak kedua memang di kuasai oleh gergasi merah, menyerang bertali arus tapi kecekapan Apex ( Khairul fahmi ) menggagalkan usaha selangor untuk merapatkan jurang.. pada minit 57, perlawanan di hentikan oleh pengadil perlawanan gara-gara segelintir penyokong membaling objek ke tengah padang dan perlawanan di hentikan selama 10minit.. Ianyanya langsung tidak mematahkan semangat sang kijang dan hasilnya kelantan mendapat gol cantik dari Piya. Ianya menerusi sepakan percuma dari sebelah kiri gawang.. Gol yang dihasilkan oleh Piya boleh di anggap World Class.. sepakan yang dilihat berada pada sudut sukar untuk mendapat gol, tapi lencongan yang di lakukan oleh piya sekali lagi menewaskan Mohd Iqbal Suhaimi.. Apex dinobatkan pemain terbaik perlawanan..

Pelawanan berakhir dengan 2 - 0..
Sejarah tercipta lagi di bumi serendah sekebun bunga..

persoalannya adakan The Red Warriors akan mengekalkan momentumnya?
Sama-sama kita saksikan.. Gomo Kelate Gomo
Hebat? memang Hebat

Thursday, January 27, 2011

Dato'M.Karathu Ganti Abe Ya



KARATHU diberi tanggungjawab membimbing pasukan bola sepak Kelantan musim ini bagi menggantikan Sathianathan.


TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal menggantikan B. Sathianathan selaku ketua jurulatih The Red Warriors akhirnya terjawab.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Datuk M. Karathu dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru berkuatkuasa semalam.
Annuar memberitahu perkara itu dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen swasta di Kuala Lumpur semalam.
Menurut beliau, Karathu yang merupakan bekas jurulatih skuad Seladang musim 2008-2009 akan mula melatih Kelantan hari ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.
Tugas pertama Karathu musim ini ialah bertemu Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) menyambut baik perlantikan tersebut.
Presidennya, Marhasim Mat berkata, pihaknya menaruh kepercayaan dan yakin dengan kemampuan yang ada pada jurulatih berkenaan.
B. Sathianathan


"Lagipun beliau pernah membimbing Kelantan pada tahun 1994 dan membantu pasukan kita mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada tahun tersebut.
"Saya berharap beliau dapat meneruskan legasi kejayaan yang telah dibentuk oleh bekas jurulatih Sathianathan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tambahnya, kelab tersebut meminta penyokong setia The RedWarriors menerima pelantikan tersebut dan percaya bahawa pihak pengurusan telah membuat pilihan yang terbaik untuk pasukan.
Selasa lalu, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda RM20,000 kerana bersalah mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.
Dia didapati bersalah kerana memberi kenyataan kepada media berhubung pemilihan stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super musim lalu.
Sathianathan memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Kelantan pada 23 September 2009 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada bekas pengendali West Ham United dan Persija Balik Papan, Peter James Butler.
Bersama Kelantan, dia membantu Kelantan melakar sejarah dengan memenangi Piala Malaysia buat kali pertama sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun.